Thursday, August 26, 2010

Maybank Mahu Ungguli Pasaran Pinjaman Kenderaan Dalam Masa Tiga Tahun


SHAH ALAM, 25 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menjangka mengungguli pasaran pinjaman kereta dalam masa tiga tahun.Ketua kewangan pelanggannya, Ashraf Ali Kadir, berkata perkongsian pasaran bank itu kini adalah kira-kira 18 peratus di belakang AmBank.
"Kami berada pada kedudukan keempat empat tahun lalu dengan hanya 14 peratus bahagian pasaran.
Potensi masih luas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Anugerah Kereta Tahun Ini New Straits Times-Maybank 2010 di sini hari Rabu.
Untuk menjana pertumbuhan, beliau berkata, penyertaan Maybank dalam acara sebegini akan meningkatkan kesedaran jenama di kalangan pelanggan yang berminat untuk membeli kereta.
Ashraf berkata Maybank telah mengalami pertumbuhan dua digit dalam pinjaman kereta.Bagi tahun kewangan terkini berakhir 30 Jun 2011, Maybank menjangka peningkatan 12 peratus bagi pinjaman keretanya, kata beliau.
"Segmen pinjaman kereta kini menyumbang kira-kira 12 peratus kepada jumlah portfolio pinjaman," katanya.
Untuk tahun ini, kira-kira 60 kereta akan dicalonkan dan dikelaskan kepada 13 kategori.Kereta-kereta yang dilancarkan antara November 2009 dan Oktober 2010 layak untuk dicalonkan untuk anugerah itu.
Setakat ini, 51 kereta telah dipilih, dengan 10 daripadanya adalah kereta buatan Malaysia.-
- BERNAMA

IKLAN