SUBANG JAYA, 21 Jun (Bernama) -- Permintaan tinggi terhadap alat ganti kenderaan terpakai telah menggalakkan jenayah seperti kecurian kereta berlaku, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah.
Beliau berkata orang ramai memilih penggunaan alat ganti terpakai kerana harganya murah tanpa memikirkan kemungkinan ian berasal dari kenderaan curi.
"Tidak dinafikan faktor kecurian kereta kerana kecuaian dan sikap orang ramai terhadap keselamatan kenderaan, tetapi ia juga disebabkan permintaan menggalakkan orang ramai terhadap alat ganti terpakai,"katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Pro Ice Sales & Services dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini, pada Isnin.
Menerusi MoU itu, syarikat pembekal perkakasan dan sistem keselamatan antikecurian untuk kenderaan, rumah dan keselamatan peribadi tersebut akan bekerjasama dengan MCPF untuk mendidik serta menggalakkan langkah pencegahan kecurian kenderaan.
Omar berkata kecanggihan teknologi seperti sistem keselamatan penggera terkini perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi mencegah jenayah terutama yang membabitkan kecurian kereta.
"Sistem sebegini punya kebolehan bukan sahaja untuk mematikan enjin kereta tetapi untuk mengesan lokasi kenderaan."
Jenayah memang berterusan, tidak dapat dihentikan seratus peratus, tetapi apa yang pasti, kadar jenayah dapat diturunkan jika masyarakat boleh membantu polis dengan menjalankan inisiatif untuk memerangi jenayah," katanya.-
- BERNAMA
Senarai Kereta terpakai Untuk Dijual, Dikemaskini pada 14-02-2013 dari kereta-terpakai.my
- Kia Spectra 1.6 (A) Novus 2005 RM14,500.00
- Perodua Kancil 660 (M) EX 2005 RM7,900.00
- Perodua Kancil 660 EX (M) Mira Bodykits 2006 RM9,300.00
- Perodua Kancil 850 (A) EZ 1999
- Proton Iswara 1.3 (M) A/B LMST PS 2007 RM11,800.00
- Proton Iswara 1.3 (M) Sedan 2003 RM6,900.00
- Proton Saga BLM 1.3 (A) Full Spec 2010 RM27,900.00
- Proton Satria 1.3 GLI (M) 2000 RM9,800.00
- Proton Savvy 1.2 L (M) 2006 RM10,300.00
- Proton Wira 1.5 GLI (A) SE A/B 2004 RM14,900.00
- Proton Wira 1.5 GLI (M) Sedan 2005 RM16,800.00




